Contact us Feedback Sitemap   Sign up for newsletter    
 
   
 
   
Products
Consumer FAQs
FIDReC
MIB
Glossary
Feedback
  Useful Links
 
 
MENINSURANSKAN KENDERAAN BERMOTOR ANDA

Panduan ini adalah initiatif MoneySENSE dalam pendidikan kewangan kebangsaan. Program MoneySENSE ini membawa kesepaduan industri dan sektor awam dalam memperbaiki pengetahuan asas mengenai kewangan di kalangan pengguna. Maklumat di dalam Panduan ini adalah secara am dan mungkin tidak boleh digunakan pada setiap situasi atau situasi anda secara peribadi. Panduan ini tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu penganti bagi mendapatkan nasihat perundangan untuk sebarang isu atau isu yang tertentu. Untuk maklumat mengenai pendidikan kewangan peribadi dan maklumat acara-acara di MoneySENSE, sila lungsuri lelaman MoneySENSE di www.mas.gov.sg/consumer

INSURANS BERMOTOR - FAKTA

MEMBELI POLISI BERMOTOR - PERKARA UNTUK DIPERTIMBANGKAN


PERSELISIHAN

UNTUK KETERANGAN LANJUT

 

INSURANS BERMOTOR - FAKTA

Mengapa saya perlukan insurans bermotor?

Di Singapura, adalah satu kesalahan undang-undang jalanraya untuk memandu kenderaan bermotor tanpa insurans polisi yang sah. Kewajiban minima adalah polisi dapat memberikan perlindungan untuk kecederaan peribadi kepada parti yang lain.

Insurans bermotor adalah sangat wajar. Sebalik melindungi anda bagi kecederaan peribadi kepada parti ketiga, ia juga dapat melindungi anda kos kerosakan harta benda orang lain atau lain-lain kerugian atau kerosakan yang anda mungkin mengalami dalam kemalangan bermotor.
Ingat: Sentiasa membawa Sijil Insurans di dalam kenderaan anda

Pihak insurans menawarkan tiga jenis utama polisi insurans kenderaan. Pemilihan faedah-faedahnya boleh didapati untuk memenuhi kehendak individu.

Jenis-jenis polisi bermotor insurans

Parti Ketiga Parti Ketiga, Kebakaran dan kecurian Komprehensif Pilihan faedah bagi polisi komprehensif (mungkin bergantung kepada bayaran tambahan premium)
Kematian atau kecederaan pada parti lain Kematian atau kecederaan pada parti lain Kematian atau kecederaan pada parti lain Kerosakan skrin cermin kereta
Kerosakan pada harta benda parti lain Kerosakkan pada harta benda parti lain Kerosakan pada harta benda parti lain Kerosakan berpunca dari rusuhan, mogok dan kerusuhan awam
  Kerosakan punca kebakaran pada, atau kecurian pada, kenderaan anda Kerosakan punca kebakaran pada, atau kecurian pada, kenderaan anda Kerosakan punca dari banjir dan ribut angin.
    Kemalangan tidak disengajakan pada kenderaan anda Tanggungjawab penumpang yang bertindak lalai
    Perlindungan kemalangan peribadi (Untuk kereta privet sahaja) Faedah kemalangan peribadi bagi penumpang
    Perbelanjaan perubatan (Untuk kereta privet sahaja) Tambahan potongan terdahulu
      Perlindungan Diskaun Tampa tuntutan (kereta privet sahaja)

Bagaimanakah pihak insurans menentukan premium saya?

Kebanyakan pihak insurans di Singapura mempertimbangkan dasar faktor-faktor risiko apabila menentukan premium anda. Penentuan mereka termasuk selain berikut;

  • Buatan, model dan umur kenderaan
  • Umur, jantina dan pekerjaan pemandu
  • Sejarah penuntutan pemandu
  • Penggunaan kenderaan (seperti sewa, kegunaan privet,dan lain lain)

Apakah yang harus di ketahui oleh pihak insurans mengenai saya?

Pihak insurans perlu mengetahui sedikit sebanyak mengenai anda. Ini dapat membantu mereka mentaksirkan bisnes diperolehi dari anda begitu juga keperluan anda sebagai pemegang polisi. Dari itu, premium yang sesuai dapat ditentukan.

Soalan-soalan yang mungkin diutarakan:

  • Baru-baru ini pernahkah anda membuat sebarang tuntutan insurans?
  • Pernahkah anda menerima tiket atau di saman sebabkan kesalahan memandu?
  • Siapakah yang akan memandu kenderaan?
  • Apakah kegunaan kenderaan tersebut?
  • Baru-baru ini pernahkah anda menimpa kemalangan bermotor?
  • Berapa lama anda sudah memandu?

Apakah pihak insurans disyorkan untuk mendedahkan kepada saya apabila saya membeli insurans polisi?

  • Pembayaran premium
  • Lebihan (bagi yang dilindungi dan pemandu yang dinamakan dan tidak dinamakan)
  • Skop dan masa perlindungan
  • Had-had terhadap pemandu (Jika ada)
  • Had-had terhadap pembetulan
  • Pengecualian yang tidak standard
  • Prosedur lapor dan penuntutan kemalangan yang tertentu.
  • Polisi pembatalan dan bayar kembali

Apakah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)?

Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan selama setahun atau lebih, anda di beri hak untuk mendapat Diskaun Tanpa Tuntutan. Diskaun Tanpa Tuntutan dapat mengurangkan premium polisi anda untuk tahun yang berikutnya. Carta berikut menunjukkan bagaimana Diskaun Tanpa Tuntutan di tentukan di dalam industri:

Polisi kereta privet Polisi kenderaan komersil
dan motosikal
Tempoh insurans tanpa tuntutan Diskaun Pembaharuan Tempoh insurans tanpa tuntutan Diskaun Pembaharuan
1 tahun 10% 1 tahun 10%
2 tahun 20% 2 tahun 15%
3 tahun 30% 3 tahun atau lebih 20%
4 tahun 40%    
5 tahun atau lebih 50%    

 

Jika saya membuat tuntutan, adakah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) saya akan hilang secara automatik?

Tidak Semestinya:

Semua pihak insurans di Singapura menggunakan panduan dipanggil 'Persetujuaan Meter Tekanan Tanggungjawab' (BOLA) untuk menentukan berapa banyak setiap parti bertanggungjawab dalam sesuatu kemalangan.

BOLA direka untuk mempercepatkan proses tuntutan. Ia tidak bermakna anda dapat mengurangi hak anda untuk bertanding dari segi liabiliti di bawah undang-undang.

Dibawah BOLA:

  • Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda tidak akan terjejas jika liabiliti anda hanya 20% atau kurang sahaja di dalam suatu kemalangan yang membabitkan kenderaan yang telah dikenal pasti.
  • Di dalam kes-kes yang lain, Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda mungkin akan terjejas.

Bolehkah saya mendapat insurans terhadap kehilangan dari Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD)?

Jika anda mengumpulkan Diskaun Tanpa Tuntutan sebanyak 50% ( Lima tahun atau lebih tanpa tuntutan), ada pihak insurans mungkin mengizinkan anda membeli perlindungan terhadap kehilangan diskaun.

Bolehkah saya hilang Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) saya jika secara sementara waktu tidak memiliki kenderaan?

Kebanyakan pihak insurans di Singapura mengizinkan anda untuk menyimpan Diskaun Tanpa Tuntutan jika anda tidak memiliki kenderaan sementara waktu selama 12 hingga 24 bulan.


Bolehkah saya mendapat pembayaran balik jika saya membatalkan polisi saya?

Biasanya kedua-dua, anda dan pihak insurans boleh membatalkan polisi dengan sebarang sebab dengan memberi tujuh hari notis bertulis kepada parti yang lain.

Jika pihak insurans membatalkan polisi tersebut, ia akan memberi pembayaran balik premium yang tidak digunakan.

Beberapa pihak insurans memberi pembayaran balik premium secara pro-rata dengan pemotongan kecil untuk bayaran pentadbiran. Yang lain menggunakan cara dengan mengira berapa yang perlu dibayar jika polisi anda adalah polisi jangka masa pendek. Ini lazimnya digunakan jika pembatalan diminta oleh anda.

Anda harus menanya dengan pihak insurans bagaimanakah ianya di kira

Perhatian bahawa pembayaran balik tertakluk pada jumlah minima, dan pihak insurans anda mungkin mempunyai hak untuk tidak memberi pembayaran balik sebarang premium jika tuntutan telah dibuat terhadap polisi tersebut.

Sentiasa periksa dengan teliti dan memahami apa yang dilindungi sebelum mendapatkan polisi anda.



MEMBELI POLISI BERMOTOR - PERKARA UNTUK DIPERTIMBANGKAN

Tidak semua polisi bermotor adalah sama. Untuk memenuhi keperluan pengguna secara individu, pihak insurans menawarkan beraneka jenis produk. Seperti membeli-belah, anda akan mendapat peluang terbaik menjumpai polisi yang berkombinasi anda suka dari segi harga, kelebihan dan keperluan berhubung dengan penggunaan dan pembaikan.

Secara peraturan am, lagi rendah premium perlindungan maka selagi banyak had perlindungan yang akan diliputi, berapa banyak anda akan di bayar apabila anda membuat tuntutan, dan apakah pilihan anda apabila anda membuat tuntutan. Sebagai contoh, polisi harga-murah mungkin mempunyai had bagi tempat perbaiki kenderaan anda atau samada bahagian kenderaan yang baru atau terpakai digunakan. Polisi yang lebih mahal mungkin lebih fleksibel dari segi pemilihan pembetul kereta, dan lain lain.

Berikut adalah perkara yang perlu dipertimbangkan apabila membeli polisi bermotor:

  • Adakah had untuk sesiapa yang memandu kenderaan tersebut?
  • Apakah perlindungan ekstra yang anda boleh beli?
  • Adakah polisi anda mengikut keperluan bank atau syarikat kewangan jika anda membeli kenderaan secara sewa beli atau mengambil skim pinjaman kereta?
  • Berapa banyak potongan yang anda perlu bayar jika anda perlu membuat tuntutan?
  • Adakah polisi tersebut memerlukan anda mengambil kenderaan anda ke 'Pusat Penilaian Kerosakan Bebas' (Idac), untuk penilaian kerosakan?
  • Adakah polisi tersebut mempunyai had bagi sesiapa diizinkan memperbaiki kenderaan?
  • Adakah bahagian kenderaan terpakai digunakan untuk pembaikan?


Apakah itu potongan dan bagaimana ia berfungsi?

Potongan adalah kos yang perlu di tanggung apabila tuntutan dibuat terhadap polisi anda.

Mengapa wajar untuk memberitahu pihak insurans siapa yang akan menggunakan kenderaan tersebut?

Anda dikehendaki memberitahu sepenuhnya maklumat yang mungkin mempunyai kaitan dengan liputan polisi anda. Jika kenderaan anda rosak semasa dipandu oleh seseorang yang tidak dinamakan dalam polisi anda, pihak insurans mungkin akan megenakan potongan yang lebih tinggi disebabkan melindungi risiko yang tidak diketahui.

Jika kenderaan tersebut rosak semasa dipandu oleh pemandu muda atau tidak berpengalaman yang tidak dinamakan dalam polisi, anda mungkin perlu membayar potongan yang lebih tinggi.

Bolehkah saya memilih siapa yang boleh membaiki kenderaan saya?

Pihak insurans anda mungkin akan mengenakan had terhadap siapa yang boleh memperbaiki kenderaan anda. Sebagai suatu usaha yang berterusan untuk menguasai kos tuntutan, ada beberapa pihak insurans menggunakan sistem tawaran tender atau bengkel yang diberi kuasa untuk membuat persiapan pembaikan.
Penjimatan kos menguntungkan pengguna dengan menjadikan premium bersaing.

Polisi yang lebih mahal boleh mengizinkan anda pergi ke pembaiki kenderaan atau wakil peniaga pilihan anda. Pihak insurans anda di galakkan untuk memberitahu sebarang had terhadap pembaikan kenderaan sebelum anda membeli polisi.

Anda perlu menanya pada pihak insurans samada syarat berhubung dengan penggunaan bengkel wakil peniaga dan bengkel yang diberi kuasa, samada sistem tender tawaran digunakan untuk pembaikan dan samada akan diperbaiki dengan bahagian baru.

Apa itu Idac?

Jaringan Idac ditubuhkan untuk memberikan khidmat cepat, penilaian kemalangan yang tidak berat- sebelah dan mengurangkan tuntutan penipuan. Idac mudah didapati di sekeliling Singapura.

Banyak pihak insurans memerlukan pemegang polisi menghantar kenderaan mereka terus ke Idac selepas kemalangan. Tetapi tidak semua pihak insurans memerlukan pemegang polisi menggunakan Idac. Sila rujuk pada pihak insurans jika keraguan.

Idac Hotline:

Tel: 1-800-887-5151


Perlukah saya mengambil insurans kenderaan bersama atau tanpa COE dan PARF?

Nilai harga pasaran kenderaan termasuk Certificate-of-Entitlement (COE) dan Preferential Aditional Registration Fee (PARF) komponen. Jika kenderaan anda dibeli menggunakan sewa-beli atau skim pinjaman kereta, pihak bank atau syarikat kewangan memerlukan anda berinsurans kenderaan anda pada nilai harga pasaran, termasuk COE dan PARF. Jika anda memiliki kenderaan tersebut, ianya adalah pilihan anda.


PERSELISIHAN

Di manakah boleh saya menghuraikan perselisihan dengan pihak insurans saya?

Jika anda rasa telah diperlakukan tidak adil oleh pihak insurans anda, anda harus laporkan pengaduan anda dan memberikan kepada pihak insurans anda maklumat lanjut (Nama, Talian kontak, dan lain lain), pengaduan anda secara spesifik dan sokongan dokumen.

Pihak insurans anda mesti mengakui telah menerima pengaduan anda dalam masa 3 hari waktu perniagaan, dan jika perlu, mereka akan meminta informasi tambahan dari anda dalam masa 7 hari waktu perniagaan dari tarikh pengaduan anda.

Bergantung pada dasar pengaduan anda, pihak insurans mungkin memerlukan lebih masa untuk melayan kepada pengaduan anda. Jika begitu, pihak insurans mesti menghubungi anda dan mengemas kini dengan anda dalam masa 14 hari waktu perniagaan selepas komunikasi anda kali terakhir, sebelum meneruskan untuk menghuraikan masalah.

Jika anda telah mengambil tindakan tersebut dan rasa balasan tidak memuaskan, atau jika tidak ada balasan dalam masa rangka waktu disebutkan di atas, anda harus menyeru kepada pengetua pegawai pihak insurans secara bertulis. Anda boleh mengharapkan balasan dalam masa 14 hari waktu perniagaan.

Akhir sekali, jika anda masih tidak puas setelah menggunakan saluran tersebut, anda boleh menghubungi 'Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Kewangan' (FIDReC). FIDReC telah ditubuhkan untuk memberi khidmat yang termampu,saluran yang bebas untuk menghuraikan tuntutan dalam lingkungan sehingga S$100,000 dengan yang berinsurans dan pihak insurans bagi insurans hayat dan insurans am. Tambahan pula, ia juga menguruskan parti ketiga tuntutan kerosakan bermotor sehingga S$50,000. Khidmat untuk operasinya yang diberikan berdasarkan Kod Amalan Insurans Am.


Bagaimanakah saya fail tuntutan dengan FIDReC?

Anda boleh membuat pengaduan / datang sendirian membuat tuntutan, menerusi faksimile,pos atau email.

Ingat: Keputusan rang undang-undang orang tengah atau panel FIDReC adalah muktamad dan dipatuhi pihak insurans, tetapi tidak pada anda. Tetapi, jika anda menerima keputusan undang-undang panel FIDReC, ini bermakna anda telah memilih untuk menyerahkan hak anda untuk meneruskan dengan tindakkan undang-undang terhadap pihak insurans.


UNTUK KETERANGAN LANJUT

Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Kewangan (FIDReC)
112 Robinson Road
#13-03, HB Robinson,
Singapore 068902
Tel: 63278878
Fax: 6327 8488
E-mail: info@FIDReC.com.sg
Website: www.FIDReC.com.sg

Kesatuan Insurans Am Singapura (GIA)
GIA adalah badan perwakilan industri untuk kesemua pihak insurans am di Singapura. GIA gembira untuk menjawab soalan anda mengenai proses dan amalan insurans bermotor.

112 Robinson Road
#05-03 HB Robinson,
Singapore 068902
Tel: 6221-8788/9
Fax: 6227-2051
E-mail: feedback@gia.org.sg
Untuk keterangan lanjut,sila lungsuri www.gia.org.sg

 

 

 
 
 
All contents copyright © 2007 General Insurance Association of Singapore. All Rights Reserved.